Melalui jalan dalam hutan pagi tadi, hati jadi tenang, udara nyaman, sejuk dan penuh dengan oksigen segar masuk ke jantung. Segar seluruh tubuh dan perasaan. Jantung tidak perlu bekerja kuat untuk menapis udara pagi yang segar tadi.
Kebetulan lagu Hijau Bumi Tuhan pula sedang kedengaran di earphone. Argh! Sunguh nikmat sekali alam ciptaan tuhan.
Itulah kegiatan aku setiap pagi hari jumaat. Selepas subuh aku akan membaca surah al-waqiah, kerana mengikut pesanan ibuku. Kemudian, terus memeriksa basikal untuk membuat senaman pagi.
Ketika jalanraya masih belum dipenuhi dengan karbon monosikda, aku mulakan kayuhan ku. Ketika, imam di surau berdekatan masih belum selesai solat subuh, aku sudah berada di jalanan.
Memecut sekuat hati sehingga tercungap-cungap. Dan mula mengayuh secara santai sepanjang pantai tok jembal, sambil menikmati pemandangan indah laut di waktu pagi yang damai.
Sesekali berselisih dengan pejogging, aku lantas memberi salam. Semoga masing-masing mendapat kesejahteraan masing-masing.
Dari pantai aku akan melalui jalanan dalam keadaan yang sedikit hutan. Suasana lebih segar berbanding dengan laut. Aku terus mengayuh di sepanjang jalan yang hanya dipisahkan dengan pagar di antara aku dan kawasan elit padang golf. Terus mengayuh sehingga sampai ke rumah.
Itulah perjalanan pagi jumaat ku.
Mematuk kibok dengan telunjuk dan ibu jari kanan, kadang -kadang dibantu oleh telunjuk kiri ketika mengisahkan cerita benar yang ditokok tambah supaya aku kelihatan lebih kuat dan mancho. Ataupun kisah fiksyen yang di tokok tambah supaya kelihatan benar. Aku tidak berniat membohongi kamu semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasang Pelayar
1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...
-
Aku tidak pernah ambil tahu siapa Din sebelum ini. Sehinggalah aku bertemu kekhilafan dalam internet. Satu menyatakan Din mati kerana mengam...
-
Aku teringin benar berkongsi tentang hal ini supaya tidak menimpa orang lain biarlah aku sahaja yang menerima kenyataan ini akibat ketidakta...
-
Apakah Pok Bong? Sejenis kereta kebal atau sejenis buah yang sedap di makan? Kedua-duanya salah. Pok bong ialah seekor binatang yang matanya...
wah..
ReplyDeleteperjalanan pg jumaat saya penuh dgn asap, debu n hiruk pikuk kota...bernafas pun susah.. :(
syafia : pro and kon ada di mana-mana. Bersyukurlah dengan apa yang ada. :D
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletebagusnya perjalanan yang menyamankan...
di samping menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan...