Monday, July 06, 2009

Komplot - Episod 9 (Candu Percuma)

Pepatah omputih mengatakan 'curiosity kill the cat', ironinya, ia membuat aku jadi senang dan senang hati.

Pada pendapat aku, antara benda-benda eklusif tahap hostel selain dari ubat ketiak dan perfume sudah pasti yang seterusnya ialah rokok dan seluar jean. Dua perkara inilah yang menjadikan seseorang penghuni hostel seorang yang hebat dan digeruni. Jugak tak lupa, membuat si pemiliknya kaya macam Al-Capone.

Suatu pagi seperti orang normal lain , aku masuk tandas dan mempersiapkan diri. Tandas 3 bilik air itu aku tinjau kiri dan kanan, atas dan bawah. Sekali pandang atas, aku terperasan syiling tandas ini tiada penutup lubangnya. Aku tertinjau-tinjau, cuba melihat apa yang ada di dalamnya. Dalam duduk tertinjau-tinjau itu aku perasanlah ada sesuatu yang disembunyikan disitu, nampak cam berkilat-kilat, nampak cam kain buruk, tapi aku kena periksa betul-betul kata aku dalam hati.

Bilik air di tandas itu dicipta sebegitu rupa supaya orang sebelah boleh mengintai orang sebelah dari sebelah atas. jadi dengan menggunakan kelemahan senibina tersebut aku berjaya memanjat dan memasukkan kepala ke dalam ruang syiling yang terbuka tadi.

"wow" - Rupanya yang yang berkilat itu ialah salutan emas gaya, mutu dan keunggulan - sekarton rokok berjenama "bukit dun", aku tak mahu memberikan promosi percuma di sini. Sebelum apa-apa berlaku, aku menurunkan kotak tersebut yang mengandungi 11 kotak rokok, hanya sekotak yang baru digunakan, secepat mungkin dan menyimpannya di tempat lain. Aku cuma sekadar menyimpannya dulu, aku tak berniat pun nak mengambilnya.

Cepat-cepat aku menyelesaikan aktiviti sebenar yang terbengkalai tadi.

******

Hari itu merupakan sejarah dalam kehidupan aku kerana sepanjang hari itu aku asyik berulang alik ke bilik air tadi. Pantang aku dengar bunyi, pasti aku akan ke sana. Aku sebenarnya sedang mencari tuan empunya rokok-rokok tadi supaya dapat aku tentukan status rokok tersebut.

Usaha aku berjaya, pemiliknya sudah dikenalpasti dan aku baru berniat untuk menjadikan rokok tersebut hakmilik aku mungkin kerana dendam dan status tidak menjadi darah dagingnya.

******

Minggu-minggu yang berlalu adalah minggu yang mewah bagi seorang aku. Paling banyak boleh hisap dalam sehari hanyalah 4 batang kerana masa untuk bersantai di hostel ini amat sedikit. Itu pun selepas mengambil kira breakfast, lunch, dinner dan supper. Selain daripada selepas event ini aku tak merokok. Pakcik kaya!

*****

Ketidakhadiran aku berjumpa Al-Capone untuk beli rokok menimbukan tanda-tanya. Aku syak, Al-Capone yang mengeluarkan isu ini, kerana sorang pelanggannya sudah hilang. Hilang pelanggan bermakna hilang duit. Sebab itu, dia membicarakan isu ini.

*****

Tetapi membayangkan rokok yang sangat lambat untuk dihabiskan, aku memberitahu cerita ini kepada sorang kawan yang sangat rapat, supaya rokok tidak dimasuki angin. Beliau memberitahu seorang kawan rapat yang lain, juga memberitahu seorang kawan yang lain. Akhirnya, setiap kali lepas makan, mereka mencari aku. Stok untuk sebulan hanya tahan 5 hari. Tokey balak pun kena pergi pajak gadai macam nie. Apa lagi aku.

Akhirnya aku jatuh miskin semula.

****
Moral Cerita:

Jangan percaya ke orang!

3 comments:

  1. sliper_jepun: bukan cilok, tapi terjumpa atas syiling

    ReplyDelete
  2. tp tuan empunya da dikenalpasti...
    kire mencilok gak 2...
    tokan 2 x raser pelik ker tiber2 jer kayer ngn rokok...

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...